Yayasan Tahfiz An-Nisaa-Tahlil

Projek Kembali Teguh

Yayasan Tahfiz An-Nisaa-Tahlil

Bacaan e-Tahlil Mingguan bersama Yayasan Tahfiz An Nisaa pada setiap hari Khamis malam Jumaat, dikendalikan oleh beberapa madrasah tahfiz di bawah naungan Yayasan.

RM10,000Funding goal
RM6,248Pledged
121Funders

Bacaan e-Tahlil Mingguan bersama Yayasan Tahfiz An-Nisaa

Program bacaan tahlil mingguan secara atas talian (e-Tahlil) ini dijalankan bersama pelajar-pelajar tahfiz di bawah Yayasan Tahfiz An-Nisaa (YTAN). Program ini adalah salah satu program terpilih di bawah Program Kembali Teguh TM yang mana bertujuan membantu pengumpulan dana untuk YTAN yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Mari bersama-sama kita menyemarakkan malam Jumaat anda dengan menyertai program e-Tahlil ini melalui Google Meet.

  1. Program bacaan e-Tahlil ini akan dijalankan pada setiap hari Khamis malam Jummat bermula 15 Oktober 2020, selepas Isyak.
  2. Sumbangan minima untuk e-Tahlil adalah RM10.00.
  3. Sekiranya anda ingin menyedekahkan Tahlil kepada yang tersayang terhad kepada 5 nama dengan menyumbang sekurang-kurangnya RM10. Nama-nama arwah ini akan disebut semasa slot e-Tahlil yang ditetapkan.
  4. Anda boleh memberikan nama-nama tersebut di ruang 'Note' ketika proses bayaran atau kami akan menghubungi anda.
  5. Sekiranya nama-nama yang diberikan tidak disebut pada slot e-Tahlil minggu itu, nama-nama tersebut akan dibawa ke minggu berikutnya.