Projek Ecolife Agrofarm Pusat Tahfiz

Projek Kembali Teguh

Projek Ecolife Agrofarm Pusat Tahfiz

Pembangunan AgroFarm di Pusat Tahfiz memberikan peluang latihan kemahiran bertauliah dalam bidang permakultur dan aquafonik kepada para pelajar. Inisiatif ini juga menjamin kerjaya dalam bidang pertanian moden yang berpotensi menstabilkan ekonomi kemenjadian Pusat Tahfiz, bersinergi dengan misi utama kami membantu hafazan dan penguasaan tadabbur al Quran di kalangan pelajar.

RM50,000Funding goal
RM160Pledged
3Funders

Objektif projek ialah menambah nilai program di Tahfiz dengan kemahiran Keusahawanan Akuafonik untuk menghasilkan sumber makanan organik yang berkhasiat tinggi yang boleh dibekalkan kepada pusat-pusat Tahfiz dan masyarakat setempat. Projek ini juga dapat manfaatkan kawasan dipersekitaran pusat Tahfiz untuk aktiviti ko-kurikulum berkebun sambil menjana pendapatan melalui kaedah pertanian sistem berteknologi EcoLife AgroFarm berteraskan keusahawanan Permakultur & Akuafonik.

Fasa 1 akan melibatkan 1 pusat tahfiz dengan 5 Penyelia dan 10 Pelajar yang akan melalui Latihan kemahiran secara teori dan praktikal melalui bimbingan semasa pembangunan Agrofarm tersebut. Fasiliti Latihan melibatkan aset Glass House di kawasan berkeluasan 20’ x 40’, dengan 5 atau lebih jenis tanaman sayuran dan 2 jenis ternakan ikan secara organik.

Fasiliti ECOLIFE AGROFARM TAHFIZ Modul Mikro 301 mampu menjadi pusat latihan bertauliah kemahiran Akuafonik untuk menjana pendapatan bagi Tahfiz melalui Yuran Penganjuran Latihan kemahiran bertauliah tersebut kepada lebih ramai belia dari Institusi Tahfiz diseluruh Malaysia.

Dana RM50,000 diperlukan untuk bajet lengkap setiap Fasiliti & Latihan akuafonik bertauliah untuk setiap Tahfiz.

Sila hubungi YTAN untuk maklumat lanjut tentang Projek ini dan kami juga mengalu-alukan lawatan ke lokasi model operasi Agrofarm Aquaphonic di MRR2 Gombak.