Kaedah Pembelajaran Anak-Anak Autism

Projek Kembali Teguh

Kaedah Pembelajaran Anak-Anak Autism

Peluang anak-anak istimewa autism dari kalangan asnaf kumpulan B40 untuk meningkatkan pembangunan jatidiri dan pembelajaran mereka melalui kaedah pakar seni visual di Pusat Seni Visual Gibran.

RM30,000Funding goal
RM6,582Pledged
19Funders

SENI VISUAL GIBRAN – KAEDAH PEMBELAJARAN ANAK-ANAK AUTISM

Program seni visual Gibran merupakan pengkhususan kepada kaedah pembelajaran berasaskan seni visual untuk meningkatkan kecerdasan dan pembangunan anak-anak istimewa autism yang berbakat. Dengan peningkatan kes Covid-19 yang menjurus kepada Perintah Kawalan Pergerakan, ramai anak-anak istimewa dikalangan golongan sasar B40 yang berhajat mengikuti program di Gibran tidak dapat hadir ke sesi pelajaran mereka.

Disamping itu ramai ibu bapa mereka yang kehilangan sumber pendapatan, menjadikan mereka lebih tertekan terutamanya dalam menguruskan anak-anak istimewa mereka dirumah.

Projek Kembali Teguh myensani dengan sokongan Telekom Malaysia melancarkan inisiatif membantu ibu bapa dan penjaga anak-anak istimewa agar dapat kekal di rumah untuk aktif bersama mereka dengan lebih bermanfaat. Program seni visual Gibran akan sampaikan secara dalam talian dengan membekalkan segala peralatan dan keperluan terus kerumah mereka.

Kami mensasarkan RM20,000 untuk 10 pelajar (asnaf B40) Semester Oktober-Disember 2020.